Friday, May 01, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA 2009

Hari ini adalah HARI PEKERJA ... !

Tapi kat sini dah memang cuti hujung minggu, sebab kat PANTAI TIMUR ni cuti hujung minggu jatuh pada hari JUMAAT dan juga hari SABTU.So apepun aku tetap tak merasa r cuti pepanjang dalam minggu ni uhuhuh....

Hah apepun aku nak ucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2009 !!!



p/s : tapi aku kena keja rr arini ... nnati aku citer kat enti yang lain nape aku kena keje :D


sambung membaca......

Thursday, April 30, 2009

Anugerah ?

aku dapat ANUGERAH ... ?

Ehehe...dah lama jugak aku tak berborak dengan bro yang sorang ni. Biasala ... banyak sangat tanggungjawab dia ... So agak susah aku nak jumpa dia kat YM ataupun dalam arena berblogging ni . Apepun trimas bebanyak BRO CM sebab ingat kat adik mu yang sowang ni.
So ini dia anugerah 'Friendship Award' yang telah di'tag kat aku.


Dan kalau diikutkan rule yg telah ditetapkan, aku kena anugerahkan pulak Friendship Award ni kepada 10 orang sahabat atau kenalan aku dalam arena blogging ni. Tapi aku rasa aku tak lah tag bebanyak sangat sebab ramai dah suam suam kuku dalam ni .So, untuk kali ini nama2 yg telah terpilih ialah.....teng teng teng .... !!!

... aL-goj0
... rEdynne
...imm
...kak azza
...Mr Cokelat
...Wandalini

dan sesiapa yang masuk membaca dalam ni terutama nama nama yang aku dah link kan. Semua adalah sahabat aku okeh :D ...

p/s : mari mengumpul tag!

sambung membaca......

Wednesday, April 22, 2009

tik ... tik ... tik ...!

tik ... tik ... tik ...

makin lama makin laju ...

naik pening aku dengar bunyi ni ... aku kalih ke kanan aku dengar ... aku kalih ke kiri pun aku dengar ... aku meniarap pun aku dengar ... aku terlentang lagilah aku dengar ... aduhai macam ada bom jangka lak dalam kepala aku ni.

aku tak tahu kenapa , dua tiga menjak ni aku rasa makin laju jer masa berjalan ... nak lagi pusing depan aku nampak jam ... pusing belakang pun aku nampak jam ...
tak campur lagi jam tangan ... dinding dan juga jam tido ... heh

bukannya apa, makin banyak detik jam yang aku dengar .. lagilah aku rasa meningkatnya usia aku ke satu angka lagi ... aduhai .. makin lama makin nak berakhirnya angka dua kat depan umur aku ni .... aku makin tua rr ... wah sedar tak sedarkan.

tapi alhamdulillah ... walaupun hidup aku ni ada pelbagai dugaan dan pancaroba.. masih ada lagi kemanisan didalamnya .tapi ikut jugak setakat mana aku mampu mengharunginya
buat masa ni aku masih mampu lagi , tapi tak tahu lah dua tiga detik lagi kan . ntah ntah dok dalam wad lima ..ehehe ...

hah .. kat usm ni , wad lima adalah wad sakit jiwa ... waktu aku tengah ada banyak problem ataupun tengah meyempitkan kepala dengan masalah, teman serumah aku suka cakap ... jangan dilayan sangat masalah tuh .. ntah ntah esok lusa jadi penghuni wad lima lak ... tapi bukan sekadar dia sahaja .. wad lima ni memang sangat popular di kalangan sesiapa pun . buatlah hal , memang akan keluar bab ni .

aku masih dalam perjalanan membetulkan langkah kaki ni ... langkah kaki aku yang sentiasa senget dan tersadung pelbagai benda.

jadi , korang doakan lah perjalanan aku ni ekk ... aku sebenarnya dah tak mampu nak harungi pun ... tapi ada banyak benda lagi yang belum selesai lagi dalam hidup ni .
paling utama aku mahu kembali ... kembali pada seseorang dan kembali pada kehidupan yang sangat indah :)

p/s : aku dah mula merepek ... sowie ekk sebab bila dah takde idea ... aku akan menaip apa sahaja yang aku rasa nak taip ..eheh

sambung membaca......

Sunday, April 12, 2009

Warna warna kehidupan (aku ..)

Assalammualaikum wbt ...

Kekadang aku tak pernah perasan dengan warna warna yang ada disekeliling aku. Bukan bermaksud aku 'buta warna' occay ! Cuma warna warna harta benda aku ataupun dengan lebih tepat warna warna pakaian dan barangan aku . Dah beberapa kali orang tegur aku, aku ni dah tak ada warna lain jer ... kalau tak hitam mesti merah dan kalau tak mesti hitam dari atas ke bawah .. heh ... ada lak ekk yang nak tegur .. bagus bagus hehe ...

Okeylah untuk pengetahuan semua aku suka pada semua jenis warna yang ada di muka bumi ni, tapi aku lebih tertumpu pada sesuatu warna pada barangan aku . Contohnya , tak semua harta benda dikeliling aku berwarna hitam , ada jugak warna warna yang lain .

Memang pada hakikatnya, warna hitam itu lebih pada warna untuk pakaian aku . Tapi selain daripada warna hitam masih lagi ada warna warna lain yang aku ada. Contohnya biru , merah , ungu , oren dan juga pink . Warna warna ini masih lagi di kuantiti yang amat sedikit kalau nak dibandingkan dengan warna hitam . Bagi aku aku selesa dengan warna hitam untuk tshirt aku, tapi aku masih lagi ada warna merah untuk mengimbangi warna hitam itu . Rasanya dalam 60% sekarang baju aku dalam warna hitam dan selebihnya didalam warna warna yang aku sebut diatas. :D

Selain dari warna hitam , aku suka barangan untuk bilik air atau toiletries aku dalam warna hijo! ehehe .. contohnya dari berus gigi , sabun , ubat gigi , syampoo dan segalanya untuk mandian aku adalah dalam warna hijau .. entah kenapa dari aku mula mula kena beli barangan ni memang aku pilih warna hijau untuk semuanya . Memula dulu waktu aku study r .. kan kena beli barangan sendri sebab duduk pun sendri kan :) ... so aku rasa macam segar jer dengan menggunakan warna hijau ni ... bagi aku lah ..bagi orang lain aku pedulik hape kan ..keh keh

Untuk barangan lain pulak .. contohnya baldi ke ape ker .. tempat sabun semua dalam warna biru ..ehehe pelik kan .. tapi aku suka mcm tuh .. termasuk tuala aku , ia wajib warna biru. bukan itu sahaja , bantal aku ... cadar ... selimut ... kusyen kecik aku semua dalam warna biru ...

Selain tuh , aku cuba kumpul perabot aku dalam warna putih ... heh cantik gila .. sebab aku suka dok kat rumah kecik jer ... so aku rasa kalau perabot aku dalam warna putih akan menampak kan ruang rumah aku lagi besar dan ceria .. kan !

So tak kenal maka tak cinta kan ... hanya kerana luaran aku asyik berwarna hitam tak semestinya aku tak suka dengan warna warna lain ... semua warna ada keistimewaan nya tersendiri kepada aku :) ...

Yups ... memang hakikatnya aku hanya suka warna hitam dan merah !!!

p/s : warna warna kehidupan ... luaran je kut ... dalaman aku masih kabur ..ahahha !!

sambung membaca......

Wednesday, April 08, 2009

Bercuti ...

Assalammualaikum wbt.

Setiap pagi , setiap kali menunggu waktu untuk ke pejabat , pasti aku akan terfikir .. bilalah agaknya masa yang sesuai hendak pergi bercuti .Kalau dihitungkan , kerja makin bertambah dan bukannya berkurangan .. sama seperti bertambahnya kekusutan kepala aku ..Dan bila bertambahnya kerja kerja yang ada , semakin memuncak perasaan ingin bercuti ...Aduh teringin sekali hendak pergi bermain main air di tepian pantai ataupun cuma berendam di kolam renang tidakpun hanya berkelah di kawasan air terjun sahaja.Tapi itulah makin kita berfikir untuk menikmati rasa indahnya percutian itu , tapi makin tak sampai keinginan yang satu .




Jadi pagi ni , setelah penat penat mengumpul impian ... aku rasa minggu ni aku nak merelaks kan diri di mana mana ... tapi yang paling dekat dengan akupun ... cuma ada kt jer takpun dalam kb ni sendiri ... Dalam kb nie aku dah habis jelajah rasanya .. xde apa yang nak menarik aku kemana mana ... ehehe ...rasa aje ..tapi kekadang hujung minggu aku masih lagi bermalasan di depan tv takpun di atas katil ... yelah hanya dihujung minggu je aku mampu meng'qadak kan tidur aku ... heh anak dara sorang ni ... tidur jer dia tahu ... heh .. aku membosan kan perjalanan hidup aku sendiri .

Hah takpun aku rasa hanya mahu pergi melepak kat rumah housemate aku dulu dan ajak aween skali ... lama x jumpa diaorang ... yelah walaupun duduk satu bandar tapi semua keje tempat lain lain ... hah .. kak zah yang satu tempat keje pun aku jarang dapat jumpa ... yelah dia pun asik busy dengan pelbagai conference .. semua orang sibuk sebenarnya dan semua orang juga mencari masa senggang yang cukup terhad bagi kehidupan la ni .

So .. aku masih lagi menganyam impian ... masih lagi termimpi kan keindahan percutian budget aku ni ... masih lagi memikirkan kan lokasi yang dekat dan mudah untuk aku pergi .. masih lagi membayangkan keindahan sebuah percutian ... aku dah bayang laut ni ... chalet tepi laut ... ahaha aku angau dengan laut lak kali ni ... parah jugak ekk kalau dah biasa bercuti tetiba terikat tak boleh kemana mana . Hmm ... :D



p/s : susah susah start jer enjin kereta .. pi je memana mengikut arah tujuan tayar yang berputar ... heh

sambung membaca......

Thursday, April 02, 2009

tag!

Syarat :
1) Copy image kat atas ni.
~ okies.done!

2) Tulis sebarang komen pasal penghantar ni.
~ cthusna. blog dia leh layan. so selalulah cliks disini!!!

3) Send kat mane2 blogger yang kamu suka. (unlimited)
~ xde sape nak di di tag!!


p/s : thanks ekkk cik adik cthusna ....

sambung membaca......

Monday, March 16, 2009

Menaip @ Menulis @ Merapu ...

erk ...

aku tak tahu nak taip @ tulis @ merapu kat blog sini dah ...
makin banyak blog yang aku singgah ... makin tak tahu dah untuk ape 'berblogging' nieh!
Kebanyakkan pasal perihal 'politik' ... kisah kisah yang aku rasa loya sikit nak baca ... pasal nak mengutuk insan insan yang dia tak suka ... pasal semalam dia pi date dgn mamat yg dia asyikkk masyukkk ... heh tak termasuk blog blog yang aku wajib baca la kan ...
so bila jer aku mula nak menaip sesuatu ... aku mula terpikir ... kalau blog orang aku boleh loya nak baca ... so blog aku ni orang akan kata apa kan???
heh ..aku tau ..blog aku nie mesti membosankan ..sebab takde menda yang menarik pun .. hehee

sebab tuh sekarang nie aku makin malas nak menghapdet blog ni ...
tapi bukan sekadar malas sahaja ... banyak jugak problem2 kecik yang harus aku ketepikan kalau nak hapdet bebanyak ...

contoh contoh kenapa aku jarang nak hapdet blog skang .. hmmm

1- broadband biru
broadband aku selalu sengal ... entah nape bila time hujan or time malam mesti asyik diskonek aja ...

2- lappy haku
ntah nape lappy aku asik susah nak on ( sebab aku xon kan kut hehhe)

3- kerja
kekadang penat balik kerja so tak sempat ...

4-aku dah ade astro ... AF7 weih!!!
ahahha ... dasar pemalas lah kan ... so sebenarnya takyah nak citer pepanjang pun ..kalau dah malas tuh malas gak ..eheheh

so.. kesimpulannya ... aku ada banyak draf yang tergendala dalam posting aku ... aku akan cuba habiskan and post kan semua pelan2 .. so kalau ada lah yang pernah singgah dalam blog ni nak baca apa aku merapu ..jangan risau ..aku cuba hapdet pelan2 key!

p/s : nak sangat aku hapdet ... hah merapu boleh r !

sambung membaca......